Bismillahi Walhamdulillah...
Tempoh hari kita sudah pun baca dan audit diri kita di dalam entri admin yang bertajuk 'Solehah Tetapi Tidak Indah' kan? InsyaAllah kali ni, admin hendak kongsikan pula tips-tips untuk menjadi seorang muslimah solehah dan indah pula!
Subhaanallah.. ^_^
- TIPS PERTAMA : GANTILAH TUDUNG SEHARI SEKALI
Janganlah terlalu berkira dalam hal tudung. Gantilah tudung bila ia sudah digunakan seharian. Jangan gunakan tudung yang sama walaupun pada kedua-dua belahnya dalam satu hari. Jangan merasa senang apatah lagi selesa dengan sistem bolak-balik sebegini. Ini kerana, tudung tadi pastinya sudah terkena keringat kita sepanjang hari. Keringat yang kering belum tentu tidak berbau, malahan baunya mungkin melebihi keringat yang masih basah. =)
- TIPS KEDUA : GANTI PAKAIANMU
Baju hendaklah ditukar mengikut keperluan, sesuai dengan aktiviti seharian kita. Seluar atau kain, jika masih bersih mungkin boleh digunakan untuk dua hari. Tetapi tidak untuk baju kita. Apabila kita akan melakukan aktiviti yang mengambil masa sehari suntuk atau dalam perjalanan ke tempat yang jauh, adalah baik untuk kita membawa pakaian extra untuk dipakai jika perlu. Ini penting untuk memastikan diri kita sentiasa bersih, selesa dan tidak menimbulkan masalah bau yang kurang menyenangkan disebabkan pakaian yang tidak berganti. Ya.....Berkorbanlah untuk umat! =)
- TIPS KETIGA : PAKAI ANTI BAU BADAN
- TIPS KEEMPAT : MANDI
- TIPS KELIMA : JAGA MAKANAN ANDA
1) Durian
2) Petai
3) Jering
4) Belacan
5) Bawang putih
6) Bawang Jeruk
7) Budu
8) Cencaluk
Hehehe lucu pula admin tengok minah Saleh ni....Durian sedap woo... ^_^
Janganlah sedih buat peminat-peminat makanan yang admin sebutkan ni.. Sebenarnya boleh je makan,kan? Cumanya kena bersederhana dan tidak berlebihan. Ingatlah firman Allah swt yang mafhumnya : ' Hai anak Adam, makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah swt tidak suka orang-orang yang berlebih-lebihan'.
Okey, setakat ini itu sahajalah yang admin dapat kongsikan.
Semoga ada sedikit manfaat yang kita dapat dari artikel ini dan semoga kita semua mampu dan sentiasa berusaha untuk menjadi muslimah solehah yang indah. InsyaAllah..Amin. ^_^
Jemput singgah bagi anda yang mencari keperluan muslimah ke page rasmi kami ya ====> Imraatun Collections
No comments:
Post a Comment