Ungkapan 'Solehah tetapi tidak indah' mungkin agak kasar ditelinga kita. Tetapi begitulah keadaannya.
Ada segelintir muslimah yang tidak mengambil kira bahawa penampilan yang indah itu adalah satu daripada batas saranan agama.
'Sesungguhnya Allah swt itu CANTIK, dan sukakan KECANTIKAN'. :)
Ada diantara muslimah yang kurang mengambil berat tentang penampilan. Penampilan yang rapi dan indah dianggap sebagai sesuatu yang terlarang. Disebabkan salah faham tentang makna penampilan yang sewajarnya, lantas menjadikan mereka mangsa kekeliruan. Oleh kerana itu, mereka berterusan tampil dengan cara yang tidak sewajarnya sehingga menyebabkan orang disekeliling mereka turut merasai natijahnya.
Muslimah sekalian,
Kita sepatutnya menampilkan wajah yang ceria dan selalu berseri-seri. Wajah yang tidak selalu kelihatan seperti berada dalam kesusahan atau merasa kesempitan yang amat menghimpit. Tetapi tentu sekali, tidaklah pula sampai ke tahap berhias secara tabarruj.
Berlebihan dalam berdandan, bermekap dengan sekian sentimeter tebalnya maka ini bukanlah bertambah cantik, malah menakutkan.
Mesti kita boleh agak, mana satu yang solehah dan indah,kan? ^_^
Jadi apakah yang menyebabkan Muslimah hari ini Solehah Tetapi Tidak Indah?
Jom kita muhasabah yea ^_^
1) Pastikan kita tidak membiarkan tubuh kita mengeluarkan bau yang sangat tidak sedap. Ingat, berwangi-wangian itu adalah dibenarkan, yang penting jangan berlebihan. =)
2) Jangan biarkan tudung kita terbiar tidak menentu, lusuh, dan tidak rapi. Tidak ada tanda-tanda ianya diseterika, malah dihiasi kedut seribu.
3) Pastikan jubah, tudung, stokin dan sarung tangan yang kita pakai juga sentiasa bersih dan selesa untuk dipakai dan dipandang.
Ok,,,Dah buat spot-chek tak pada diri kita sendiri?
InsyaAllah mana yang baik kita kekalkan, mana yang kurang tu kita sama-sama perbaiki ya!
Untuk entri yang seterusnya admin akan kongsikan pula apa tips-tips yang boleh kita kongsi bersama untuk memastikan diri kita Solehah dan Indah.
Renung-renungkan dan selamat beramal!
===> Inspirasi dari buku 'Muslimah,Engkau Memang Cantik!'
No comments:
Post a Comment