Sunday, December 21, 2014

Tips untuk penjagaan bawal/shawl

Nice tips untuk penjagaan bawal/shawl :

1. Basuh dengan cucian tangan. Jangan gunakan berus atau mesin basuh.
2. Rendam seketika dengan sesdikit serbuk pencuci yang lembut.
3. Jangan gunakan peluntur. Gosok-gosokkan saja dengan tangan secara lembut. Kemudian bilas dan sidai tudung.
4. Kalau boleh elak menggunakan softener sebab ia akan menyebabkan tudung tersebut lembik dan sukar untuk dibentuk.
5. Elakkan 'direct sunlight' supaya ia tahan lebih lama dan warnanya tidak pudar.
6. Untuk memastikan batu-batu kristal atau manik kekal melekat, gosok dari sebelah dalam tudung. Lapikkan dengan kain lain pada belakang tudung itu bagi mengelakkan gam batu-batu cair dan melekat pada seterika.
7 . Simpan tudung dengan menggantung di tempat gantung tudung, atau mengikat di hujung tudung bawal di penyangkut baju.
8 . Semasa memakai tudung, gunakan kerongsang yang mempunyai pin atau jarum yang masih tajam bagi mengelakkan tudung tersebut berlubang-lubang dan rosak, akibat tersangkut.


Lots of Love,
Admin

Wednesday, December 3, 2014

Imraatun Collections YEAR END SALE!!!!


 ☆☆★YEAR END SALE★☆☆

Dapatkan pelbagai keperluan muslimah anda di sini, dengan harga yang terlajak murah bersempena penghujung tahun 2014.. Untuk album dan detail penuh nanti boleh wasap 0109452100 atau pm admin k.

Tshirt Muslimah Rm25/sehelai
Tudung Akel,Rozello Rm20-Rm22/helai
Tudung Turki Printed Rm20/helai
Tudung Bawal Tone Rm20/helai
Tudung Mesir Petak Kecil Rm28/helai
Stokin Sandy/Stongan Donna Rm5/pasang
Dan bermacam2 lagi..

Jemput singgah ya! 










Friday, August 29, 2014

PRODUK WANGIAN MUSLIM : HANGING PERFUME


 Bismillahi Walhamdulillah...
Dalam banyak-banyak produk wangian HOT PERFUME, yang ni paling banyak peminatnya!

  • Sesuai digunakan untuk mengharumkan udara sekitar anda
  • Samada di kereta, pejabat, mahupun bilik tidur
  • Sangat-sangat berpuas hati dengan perfume ni!
  • Harga sebotol RM10.50 sahaja!!

 PILIHAN WANGIAN UNTUK ANDA...... ^_^ 

English Ros
Green Apple
Lavender
Lemon Tree
Lullaby
Strawbery
Tutti Fruti
Vanilla
White Gold
Grape

Berminat boleh hubungi admin ditalian +60109452100 ya! ^_^

PRODUK WANGIAN MUSLIM : FABRIK SPRAY


  • Wangian Fabrik HOT PERFUME ini boleh digunakan untuk menyegarkan udara di kediaman anda. Boleh digunakan pada langsir, sofa, karpet, kasut ataupun ketika anda seterikakan baju-baju anda!

  • FABRIC MIST is used to dissipate the scent of musty odors, freshen the air and can kill bacteria. It can be sprayed on sheets, matress, pillows, blankets, curtains, carpets, sofas, plastic flowers, shoes and also be used as an iron-aid to facilitate brushing clothes. FABRIC MIST softens all types of fabrics.
 SEBOTOL HANYA : RM12.50
Pilihan wangian anda:
Ocean Air
Lemon Tree
Lavender
Vanilla

Berminat boleh hubungi admin ditalian +60109452100 ya!
Area Putatan dan Kota Kinabalu boleh COD, yang luar kawasan boleh kita POSLAJU k! ^_^ 

PRODUK WANGIAN MUSLIM : LADIES PERFUME


Bismillahi Walhamdulillah..

Dapatkan produk wangian muslim ini, untuk anda ya! Gunakan tanpa was-was ^_^ 
  • Semua haruman inspirasi HOT Perfumes diperbuat daripada pati minyak wangi import yang bermutu.
  • Dijamin HALAL (Jakim Malaysia)  
  • Pati haruman bersaiz 5ml roll-on dijamin 100% pati
  • Tidak mengandungi alkohol, minyak putih atau air dan pekat.
  • Simpan dalam suhu bilik, elak cuaca panas dan dari terkena mata.  
  • RM 10.50 Sebotol ^_^
 VERSI EGYPT: women

1 QISTINA ANNA SUI Secret Wish
2 ZADA BODY SHOP Apple Blossom
3 YAQUTAH BODY SHOP Dewberry
4 AFRAA BODY SHOP White Musk
5 ZULAIKHA BRITNEY SPEARS Women
6 WADHIAH BURBERRY Brit
7 ADAWIYAH BURBERRY Summer Women
8 THURAYYA BURBERRY Weekend
9 HUMAIRAH CACHAREL Amor Amor
10 QAIRINA CALVIN KLEIN Escape
11 ASWAQ CAROLINA HERRERA 212 Sexy
12 YUSRINA CLINIQUE Happy
13 BALQIS DIOR Addict
14 WAFIA DIOR J'adore
15 SADIKA DIOR Shine
16 UZMA ELIZABETH ARDEN 5th Avenue
17 SALSABILA ELIZABETH ARDEN Pretty
18 ZAINA ESTEE LAUDER Beautiful
19 WIDAD ESTEE LAUDER Pleasure
20 URJUWANAH GIVENCHY Hot Couture
21 AKILAH GIVENCHY Organza Women
22 DHAKIRAH GUCCI Rush
23 ATIFA HOT PERFUME Diva
24 ATIYA HOT PERFUME Virgin
25 ZARA HUGO BOSS Hugo
26 ZENIA ISSEY MIYAKE
27 IRDINA JENIFER LOPEZ Still
28 HUWAIDAH KENZO FLOWER
29 SABRINA LANCOME Miracle
30 IMANINA LANCOME Tresor
31 RABIA NINA RICCI Love In Paris
32 ALUDRA PARIS HILTON Heiress
33 QASRINA PARIS HILTON Palace
34 SAKINA RALPH LAUREN Romance
35 RAFILAH RALPH LAUREN Style Women
36 ADARA TOMMY GIRL
37 ZAFRAH VERSACE Bright Crystal
38 RAIQAH VERSACE Red Jeans
39 ZAHRA YSL Cenema Women


Berminat untuk mencuba boleh pm / wasap admin di +60109452100 ye.
InsyaAllah boleh COD untuk area Putatan dan Kota Kinabalu. Yang lain, boleh guna Poslaju ye.

TIPS KESELAMATAN DIRI UNTUK MUSLIMAH

Bismillahi Walhamdulillah..

Dunia hari ini semakin lama semakin menggerunkan.
Apa tidaknya, setiap hari ada sahaja berita berkenaan jenayah yang menjadikan golongan wanita sebagai mangsanya. Tawakal kita itu penting, tetapi mahu tidak mahu ia perlulah didahului dengan usaha kita untuk menjaga diri dan keselamatan wanita.

Kali ini, admin ingin berkongsi tips keselamatan diri untuk muslimah semua.
Selamat beramal dan mempraktikkan ya!

==============================================================

SITUASI 1
Serang perempuan nak naik lif ke tingkat 13 waktu lewat malam.
Dia sorang diri, tiba-tiba ada seorang lelaki yang tidak dikenali nak naik sama. Apa nak buat?

Jawapan Pakar: Setelah berada dalam lif, katakan anda hendak ke tingkat 13, pastikan anda menekan kesemua butang yang ada daripada tingkat 1 hinggalah ke tingkat destinasi anda. Kerana tiada siapa yang akan berani menyerang anda dalam lif yang berhenti pada setiap tingkat.

SITUASI 2
Ada lelaki berjaya pecah rumah yang kebetulan time tu perempuan tu sorang kat rumah. Apa nak buat?

Jawapan Pakar: LARI KE DAPUR! Ini kerana hanya anda sahaja yang tahu di mana serbuk cili dan kunyit disimpan, dan kedudukan pinggan dan pisau. Semua ini boleh bertukar menjadi senjata maut untuk perlindungan anda. Mulakan membaling pinggan dan keseluruhan alat dapur yang ada! Biarkan ianya pecah dan rosak demi nyawa anda! Baling dan menjerit! Ingat bahawa BUNYI YANG KUAT DAN BISING adalah musuh terbesar penjenayah! Mereka tidak mahu ditangkap!




SITUASI 3
Tengah jalan-jalan kat satu laluan tiba-tiba rasa macam ada sorang mamat follow dari belakang. Apa nak buat?

Jawapan Pakar: UBAH HALUAN! Ubah haluan jalanan anda secara tiba-tiba, samada menyeberangi jalan, mempercepatkan langkah, atau pergi ke kawasan perniagaan yang berhampiran. Jika anda diekori oleh sebuah kereta, tukar arah perjalanan anda secara bertentangan arus. Ia akan memberikan mereka masa yang lama untuk berpatah balik untuk mendapatkan anda, dan memungkinkan mereka untuk berputus asa lalu mencari mangsa lain. Jika anda gagal menjauhkan diri dari mereka, dan mereka terus mengekori anda, pusing dan jerit, "Apa yang kau nak?!" dengan suara yang paling kuat dan garang! Ianya berpotensi untuk memalukan dan menakutkan sebahagian besar penyerang. Jika masih juga tidak berhasil, JERIT! Jika ada self alarm bersama anda, gunakannya!

SITUASI 4
Katakanlah kan.. Baru sampai dari KL ke JB. Waktu tu dah malam. Call kawan tak angkat.. keluarga pula tiada kereta nak ambil.. Jadi terpaksalah  naik teksi. Tengok muka pemandu teksi tu semacam je. Teksi lain takde dah. Apa nak buat?

Jawapan Pakar: Sebelum menaiki sebuah teksi pada waktu malam, pastikan anda mencatat butiran nombor pendaftaran teksi tersebut. Pastikan anda duduk pada bahagian belakang. Kemudian hubungi keluarga atau rakan anda dan sampaikan maklumat kepada mereka mengenai nombor pendaftaran teksi tersebut dalam bahasa yang pemandu teksi fahami. Jika tiada siapa menjawab panggilan anda, pura-pura bersembang kononnya anda sedang berada dalam satu perbualan telefon. Hal ini membuatkan pemandu tahu yang ada orang lain sudah mempunyai maklumat kenderaannya, dan jika berlaku apa-apa, dia pasti berada dalam masalah besar! Ini membuatkan pemandu teksi tersebut tekad untuk menghantar anda ke destinasi yang dituju dengan selamat.

SITUASI 5
Oklah. Dah ambil  nombor plat teksi, nama pemandu pun dah catat. Buat-buat call famili pun dah. Tapi pemandu teksi tu buat hal jugak! Dia tukar direction ke arah lain. Nak masuk jalan hutan kot! Apa nak buat? 

Jawapan Pakar : Gunakan tali beg tangan anda untuk menjerut leher pemandu tersebut dari belakang! Dalam masa beberapa saat , dia akan berasa sesak dan tidak berdaya. Sekiranya anda tidak mempunyai beg tangan bertali, hanya tarik kolar baju dia sekuat hati dan hasil yang sama akan berlaku.

Sekian

p/s : Sebaik-baik perlindungan bagi wanita adalah memakai pakaian yang sopan dan elakkan diri dari berjalan di kawasan sunyi seorang diri. dan paling penting... DOA!


• Sebarkan! Share pada wanita yang anda sayangi •


Jemput singgah dan jalan-jalan ke fanpage IMRAATUN COLLECTIONS  untuk mendapatkan koleksi tudung labuh, tshirt muslimah, jubah dan pelbagai keperluan lain. Terima kasih. :) 

Friday, August 22, 2014

TIPS MENJADI MUSLIMAH SOLEHAH DAN INDAH!


Bismillahi Walhamdulillah...

Tempoh hari kita sudah pun baca dan audit diri kita di dalam entri admin yang bertajuk 'Solehah Tetapi Tidak Indah' kan? InsyaAllah kali ni, admin hendak kongsikan pula tips-tips untuk menjadi seorang muslimah solehah dan indah pula!

Subhaanallah.. ^_^

  • TIPS PERTAMA : GANTILAH TUDUNG SEHARI SEKALI

Janganlah terlalu berkira dalam hal tudung. Gantilah tudung bila ia sudah digunakan seharian. Jangan gunakan tudung yang sama walaupun pada kedua-dua belahnya dalam satu hari. Jangan merasa senang apatah lagi selesa dengan sistem bolak-balik sebegini. Ini kerana, tudung tadi pastinya sudah terkena keringat kita sepanjang hari. Keringat yang kering belum tentu tidak berbau, malahan baunya mungkin melebihi keringat yang masih basah. =)


  • TIPS KEDUA : GANTI PAKAIANMU

Baju hendaklah ditukar mengikut keperluan, sesuai dengan aktiviti seharian kita. Seluar atau kain, jika masih bersih mungkin boleh digunakan untuk dua hari. Tetapi tidak untuk baju kita. Apabila kita akan melakukan aktiviti yang mengambil masa sehari suntuk atau dalam perjalanan ke tempat yang jauh, adalah baik untuk kita membawa pakaian extra untuk dipakai jika perlu. Ini penting untuk memastikan diri kita sentiasa bersih, selesa dan tidak menimbulkan masalah bau yang kurang menyenangkan disebabkan pakaian yang tidak berganti. Ya.....Berkorbanlah untuk umat! =)


  • TIPS KETIGA : PAKAI ANTI BAU BADAN
Untuk menghapuskan bau badan yang tidak menyenangkan orang disekeliling kita, belilah pewangi anti bau badan yang hari ini banyak dijual di pasaran. Disarankan untuk kita membawanya ke mana-mana agar mudah dipakai dan jangan lupa memakainya sehabis mandi. Selain itu, jika kita mempunyai duit lebih, belilah minyak wangi yang khusus untuk wanita. Pilihlah yang baunya tidak terlalu menyengat, tetapi cukup lembut untuk kita dan orang di sekitar kita.

DUHAI MUSLIMAH, PELIHARALAH DIRIMU

  • TIPS KEEMPAT : MANDI 
Ini adalah diantara penyakit gadis masa kini. Kadang-kala dalam urusan mandi, mereka paling liat dan malas untuk mandi. Waktu mandi dilengah-lengahkan hingga ke Maghrib, dan akhirnya tidak mandi sampai ke malam. Sikap sebegini perlu diberi perhatian. Jangan sesekali menjadikan perangai seperti ini sebagai satu kelaziman dalam hidup kita. Ini kerana mandi adalah satu cara yang paling utama dalam memastikan badan kita sentiasa bersih. Jangan sesekali biarkan sikap sebegini melekat di dalam diri kita, kerana ia langsung tidak membawa apa-apa manfaat. Malah ia mungkin akan mengundang kesan yang kurang baik kepada diri kita sendiri. =)


  • TIPS KELIMA : JAGA MAKANAN ANDA  
Makanan juga boleh menyebabkan berlakunya masalah bau badan. Ini kerana sesetengah makanan merupakan pemangkin kepada bau badan. Oleh itu, aspek pemakanan juga harus mendapat perhatian kita. Di dalam Islam, makanan yang Makruh ialah makanan yang mempunyai bau yang sangat kuat sehingga boleh menimbulkan perasaan kurang menyenangkan kepada si pemakan dan orang disekelilingnya. Makanan seperti ini tidak digalakkan oleh Islam kerana ia menimbulkan rasa tidak selesa orang lain terhadap kita ketika berkomunikasi atau berhampiran dengan kita. Contoh-contoh makanan makruh yang sangat dekat dengan kita ialah :
1) Durian
2) Petai
3) Jering
4) Belacan
5) Bawang putih
6) Bawang Jeruk
7) Budu
8) Cencaluk

view ] One word explains Jaimes Wests face: Durian.
Hehehe lucu pula admin tengok minah Saleh ni....Durian sedap woo... ^_^


Janganlah sedih buat peminat-peminat makanan yang admin sebutkan ni.. Sebenarnya boleh je makan,kan? Cumanya kena bersederhana dan tidak berlebihan. Ingatlah firman Allah swt yang mafhumnya : ' Hai anak Adam, makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah swt tidak suka orang-orang yang berlebih-lebihan'.

Okey, setakat ini itu sahajalah yang admin dapat kongsikan.
Semoga ada sedikit manfaat yang kita dapat dari artikel ini dan semoga kita semua mampu dan sentiasa berusaha untuk menjadi muslimah solehah yang indah. InsyaAllah..Amin. ^_^



Jemput singgah bagi anda yang mencari keperluan muslimah ke page rasmi kami ya ====> Imraatun Collections