Monday, September 21, 2015

Dagu : Perlu Ditutup atau Tidak ?

Bismillahirrahmanirahim.. Assalammualaikum wbt..

Alhamdulillah, pada masa kini kita dapat lihat kefahaman dan pengamalan masyarakat Malaysia umumnya sudah semakin baik dan meningkat berbanding di awal-awal zaman 70-an dahulu. Yang saya maksudkan ialah dari segi pemakaian dan penjagaan aurat bagi wanita.

Kalau dahulu, wanita Melayu Islam juga memakai tudung sepertimana kita hari ini. Tapi dapat kita lihat berkemungkinan besar disebabkan pendedahan dan pengamalan yang tidak meluas ketika itu, menyebabkan konsep menutup aurat pada ketika itu adalah kurang sempurna dan tidak menepati syarak.

Bertudung tetapi dengan rambut di hadapan, dada terdedah, berbaju kebaya ketat dan sebagainya.

Hari ini, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan rahmat dan hidayah Allah swt konsep menutup aurat yang kita amalkan di Malaysia kini sudah semakin sempurna. Sudah ramai yang berjubah, bertudung labuh dan mengenakan tudung yang menutup dagu.

Soalan yang menarik untuk dikongsikan ialah adakah dagu itu juga dikira aurat?
Adakah ia wajib ditutup ataupun harus?
Adakah dikira berdosa jika kita tidak menutupnya?

Kesimpulan mudah yang boleh kita ambil adalah seperti berikut. Saya kongsikan artikel ini bersumberkan daripada slot tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus untuk sahabat semua ya. Semoga bermanfaat untuk para muslimah. ^_^


1) Pendapat pertama :
Iaitu dari Mazhab Imam Syafie mengatakan bahagian di bawah daripada dagu adalah aurat. Makanya, apabila memakai tudung ataupun dalam keadaan hendak bersolat, hendaklah ia melebihkan dan menutup kawasan sekitar di bawah dagu.

2) Pendapat kedua:
Ada pendapat yang mengatakan kawasan di bawah dagu adalah aurat yang dimaafkan. Walaubagaimanapun ia adalah pendapat yang lemah. Apabila disebut tentang pendapat yang lemah, maknanya ada khilaf para ulamak pada perkara tadi. Bila ada khilaf, maksudnya tidak boleh kita terus-terus mengatakan ia haram atau wajib ditutup, berbeza dengan aurat  rambut yang tidak ada khilaf padanya.

Kesimpulan:
Sebaik-baiknya dengan mengambil kaedah keluar daripada khilaf, maka sebaiknya bertudunglah dengan menutup bahagian bawah dagu sehingga ke hujung dagu.

Wallahua'alam..

Sunday, September 20, 2015

TIPS MENJADI ISTERI KEBANGGAAN SUAMI

Bismillahirrahmaanirrahim..

Alhamdulillah menjadi seorang isteri dan dikurniakan seorang suami itu merupakan salah satu nikmat yang terindah bagi hambaNya. Pun begitu, tanpa ilmu dan pengisian rohani, kita mungkin hanya boleh menjadi seorang isteri yang biasa-biasa. Sedangkan, tentu sahaja ada cara untuk kita menjadi seorang isteri yang luar biasa dan menjadi kebanggaan suami. 

Berikut merupakan diantara tips yang dikongsikan oleh Dr.Fadilah Kamsah yang ingin dikongsi untuk semua. ^_^ 

  •  TIPS MENJADI ISTERI KEBANGGAAN SUAMI

1) Taati perintah Allah swt sebagai asas kepada kebahagiaan di dalam rumah tangga
2) Perbaiki pakej diri dalaman dan luaran untuk suami dan keluarga
3) Taati suami dengan perasaan ikhlas tanpa rungutan dan tidak puas hati
4) Berhias diri dan sentiasa berwangi-wangian untuk suami 
5) Hormati dan sayangi mertua dengan tulus dan ikhlas kerana Allah swt 
6) Sabar dengan kerenah suami